Tuesday 1 May 2012

2nd ANNIVERSARY


Pada 1 Mei 2012, genaplah 2 tahun usia perkahwinan kami..Alhamdulillah dalam tempoh masa itu, pelbagai pengalaman pahit dan manis, suka dan duka yang kami lalui bersama..Aku bersyukur ke hadrat illahi kerana memberi aku peluang untuk merasa semua itu..Peluang untuk lebih menghargai setiap masa yang ada dalam dunia sementara ini..

Perjalanan selama 2 tahun ini banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar..Belajar erti kesabaran, pengorbanan, kesefahaman dan tanggungjawab bersama dalam melayari bahtera rumahtangga..

Untuk suamiku yang amat dicintai Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-2 sayang..Semoga Allah permudahkan semua urusan kita didunia dan akhirat..Diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, bahagia dan kekal hingga ke hujung nyawa..amin..

Permohonan kami pada yang maha kuasa jadikanlah kami suami isteri yang mencintai dikala dekat..saling menjaga kehormatan dikala jauh..saling menghiburkan dikala duka.. saling mengingatkan dikala bahagia..saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan..saling menyempurnakan dalam ibadah..dengan doa yang ikhlas dihati kami kemudikan bahtera ini, moga bahagia kekal dan diberkati dan terus berkekalan hingga tersimpul mati..Semoga Allah swt sentiasa merahmati perkahwinan kita..amin..