Tuesday 1 May 2012

2nd ANNIVERSARY


Pada 1 Mei 2012, genaplah 2 tahun usia perkahwinan kami..Alhamdulillah dalam tempoh masa itu, pelbagai pengalaman pahit dan manis, suka dan duka yang kami lalui bersama..Aku bersyukur ke hadrat illahi kerana memberi aku peluang untuk merasa semua itu..Peluang untuk lebih menghargai setiap masa yang ada dalam dunia sementara ini..

Perjalanan selama 2 tahun ini banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar..Belajar erti kesabaran, pengorbanan, kesefahaman dan tanggungjawab bersama dalam melayari bahtera rumahtangga..

Untuk suamiku yang amat dicintai Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-2 sayang..Semoga Allah permudahkan semua urusan kita didunia dan akhirat..Diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, bahagia dan kekal hingga ke hujung nyawa..amin..

Permohonan kami pada yang maha kuasa jadikanlah kami suami isteri yang mencintai dikala dekat..saling menjaga kehormatan dikala jauh..saling menghiburkan dikala duka.. saling mengingatkan dikala bahagia..saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan..saling menyempurnakan dalam ibadah..dengan doa yang ikhlas dihati kami kemudikan bahtera ini, moga bahagia kekal dan diberkati dan terus berkekalan hingga tersimpul mati..Semoga Allah swt sentiasa merahmati perkahwinan kita..amin..



Monday 23 April 2012

Jangan amalkan sewaktu tidur


JANGAN TIDUR MEMAKAI JAM TANGAN


Jam boleh menghasilkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh mendatangkan bahaya.

JANGAN TIDUR MEMAKAI COLI (buat perempuan)
Para pengkaji di Amerika mengatakan bahawa memakai coli lebih 12 jam, boleh mengakibatkan kanser payudara.

JANGAN TIDUR MEMBAWA HANDPHONE
Gelombang Medan magnet yang dihasilkan oleh alat elektronik ini, boleh merosakkan sistem saraf kita

JANGAN TIDUR KETIKA MASIH MEMAKAI MAKE-UP
Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit, kerana kulit tidak dapat bernafas

JANGAN TIDUR MEMAKAI SPENDER (Buat Lelaki)
Tidur dalam keadaan memakai Spender boleh menggangu sistem saraf kemaluan dan juga menyekat hormon seks.

JANGAN TIDUR DENGAN ISTERI ORANG (buat lelaki)
Ini kerana anda mungkin tidak bangun-bangun lagi (dibunuh oleh suaminya.)